Vivo yakin tingkat penguasaan pasaran

PUCHONG: Vivo Technologies Sdn Bhd (vivo Malaysia) yakin untuk meningkatkan penguasaan pasaran telefon pintarnya kepada 20 peratus disokong dengan pelancaran vivo S1 Pro.

Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia, Mike Xu berkata, syarikat itu juga menyasarkan 1.8 juta unit telefon pintar terjual untuk tahun ini.

Katanya, vivo Malaysia menguasai 17 peratus penguasaan pasaran bagi segmen telefon pintar tempatan pada suku ketiga 2019.

“Setakat November 2019, kami sudah menjual sekitar 1.7 juta unit telefon pintar di Malaysia.

“Kami berada di landasan tepat untuk memastikan jumlah yang disasarkan ini dapat dicapai terutama disokong dengan pengenalan barisan model baharu telefon pintar vivo termasuk S1 Pro,” katanya kepada media selepas pelancaran vivo S1 Pro di sini, semalam.

Hadir sama, Pakar Produk vivo Malaysia, Raymond Lee.

Vivo melancarkan telefon pintar baharunya, S1 Pro yang menampilkan gabungan teknologi fotografi dengan perisian canggih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *