Tesco tambah 14 produk

TESCO Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco) memperkenalkan 14 lagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan dalam rangkaian rakan niaga runcitnya, sebagai tambahan kepada lebih 100 PKS sedia ada di pasar raya Tesco seluruh negara.

Pengarah Produk Tesco, Kenneth Chuah berkata, penambahan PKS itu adalah sebahagian inisiatif pihaknya bagi kempen Beli Barangan Buatan Malaysia (BBBM) Bersama Tesco pada tahun ini.

Jelasnya, produk berkenaan merangkumi kategori kuih-muih manisan, pes makanan serta produk kesihatan dan kecantikan yang sudah melalui pelbagai ujian sebelum ditempatkan di semua 60 pasar raya Tesco.

“Secara asasnya, semua produk oleh 14 PKS ini mempunyai keistimewaan tersendiri. Bebas bahan kimia berbahaya misalnya, antara ciri yang perlu kita ketengahkan dengan lebih agresif dalam produk kecantikan dan kesihatan masa kini.

“Keunikan ini juga secara tidak langsung mempelbagaikan pilihan produk buatan tempatan di pasar raya kami yang kini sudah mencecah lebih 1,000 jenis.

“Menerusi kempen BBBM Bersama Tesco, kita juga menyasar kesedaran mengenai kualiti produk buatan tempatan yang setanding jenama nasional dapat dipertingkatkan,” katanya selepas kempen itu di sini, semalam.

Hadir sama merasmikan kempen terbabit adalah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Chuah berkata, selain menggalakkan penyertaan PKS baru, pihaknya turut memberi tumpuan kepada menaikkan status PKS daripada kecil kepada sederhana melalui Tesco.

Ini kerana menurut beliau, PKS adalah kumpulan rakan niaga yang disifatkan lebih inovatif justeru memiliki potensi cukup besar untuk berkembang.

“Dari semasa ke semasa, kami sentiasa mencari melalui pelbagai platform antaranya pameran perdagangan dan kerjasama dengan kementerian berkaitan untuk menarik lebih ramai PKS ke Tesco.

“Bagaimanapun, berdasarkan pengalaman lalu serta perbincangan mendalam, elemen yang lebih penting untuk diberi perhatian adalah memastikan perniagaan mereka semakin meningkat dan berkembang.

“Secara keseluruhan, lebih 1,000 PKS pernah berada di Tesco termasuk lebih 100 PKS ketika ini,” katanya.

8 Comments on “Tesco tambah 14 produk”

  1. I feel this is among the most significant info for me. And i am satisfied studying your article.
    But wanna observation on some basic things, The website taste is
    perfect, the articles is in point of fact great : D. Good process,
    cheers

  2. Thanks for one’s marvelous posting! I certainly enjoyed reading it,
    you can be a great author.I will remember to bookmark your blog and
    will come back from now on. I want to encourage yourself to
    continue your great posts, have a nice weekend!

  3. You could certainly see your enthusiasm within the article you write.
    The arena hopes for more passionate writers like
    you who aren’t afraid to mention how they believe.
    At all times go after your heart.

  4. certainly like your website but you have to test the spelling on several
    of your posts. Several of them are rife with spelling problems and I in finding it very bothersome to inform
    the truth however I will definitely come again again.

Leave a Reply to gu energy gel whole foods Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *