Rangkaian minyak enjin HTP [METROTV]

KUALA LUMPUR: Petron Malaysia Refining and Marketing Bhd (Petron) melancarkan rangkaian minyak enjin baharu khusus dengan Perlindungan Suhu Tinggi Petron (HTP) termasuk produk cecair transmisi automotif, cecair brek, minyak gear dan gris.

Ketua Dagangan Runcit dan Perniagaan Komersialnya, Choong Kum Choy berkata, untuk minyak enjin, Petron memperkenalkan Petron Blaze Racing HTP untuk enjin petrol dan Petron Rev-X Turbo HTP bagi enjin diesel yang dirumus dengan minyak asas berkualiti tinggi.

“Minyak enjin ini adalah inovasi baharu kami dalam penawaran produk petrol berkualiti tinggi dengan Petron HTP dirumus khas dalam membantu menjadikan enjin lebih bersih, cekap dan perlindungan lebih baik untuk prestasi dan penjimatan,” katanya pada majlis pelancaran di sini, semalam.

Petron Blaze Racing HTP sintetik sepenuhnya menggunakan polyaphaolefin (PAO) untuk pengoksidaan serta kestabilan haba lebih baik berbanding minyak enjin konvensional dengan sistem aditif yang tinggi.

Untuk Petron Rev-X Turbo HTP pula, ia adalah minyak untuk enjin diesel pengecas turbo atau supercharged juga dirumus dengan PAO untuk menghalang ‘soot’ dan enapan piston bagi enjin lebih bersih dan kecekapan prestasi.

Produk Petron HTP diimport sepenuhnya dari kilang pengeluaran di Singapura dengan formulasi dilakukan di Filipina yang memenuhi piawaian dan spesifikasi API dan SAE.

Produk Petron HTP dijual pada harga RM265 untuk Blaze Racing HTP dan RM210 untuk Rev-X Turbo HTP serta boleh didapati di stesen minyak Petron terpilih, kedai dalam talian Shopee, pengedar sah dan bengkel.

CHOONG (tengah) bersama Penasihat Kanan Perkhidmatan Teknikal Petron, Mohd Pauzi Mohd Din (dua dari kanan) dan Pengurus Produk Komersial Petron, Gary Cheah (dua dari kiri) pada pelancaran Petron Blaze Racing HTP dan Petron Rev-X Turbo HTP, semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *