Pasar Besar Gombak bakal dinaik taraf bersama Rumawip

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Kerajaan bakal membangunkan semula Pasar Besar Gombak, di sini bersama projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) dalam usaha menaikkan taraf hidup serta meningkatkan tahap sosio ekonomi penduduk setempat.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, projek berkenaan hanya akan bermula selepas proses pengosongan bangunan iaitu pada Mac 2018 dan disiapkan dalam tempoh 42 bulan.

“Program pembangunan semula ini melibatkan bangunan komersial berketinggian sembilan tingkat yang akan menempatkan kedai dan lot perniagaan, pasar basah, mini Pusat Transformasi Bandar (UTC), pejabat kesihatan, pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), surau serta dewan serbaguna.

“Pada masa sama, pemaju akan turut membina satu blok kediaman Rumawip berketinggian 44 tingkat dan menempatkan 900 unit yang dikenali sebagai Residensi Inspiria,” katanya ketika berucap merasmikan projek berkenaan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *