Lima industri alami perubahan besar

PEMAIN utama teknologi menjangkakan lima industri di negara ini akan mengalami perubahan besar secara langsung daripada kemunculan teknologi baharu seperti telekomunikasi, perkilangan industri, penjagaan kesihatan dan sains hayat, aeroangkasa dan pertahanan dan perkhidmatan kewangan.

Tinjauan Inovasi Industri Teknologi KPMG 2019 mendedahkan pemimpin teknologi di seluruh dunia mengenal pasti platform e-dagang sebagai model perniagaan paling mengganggu selama tiga tahun akan datang.

Ini diikuti dengan platform rangkaian sosial (22 peratus), pembayaran digital (17 peratus), hiburan (14 peratus), berkongsi perjalanan (9.0 peratus), pengangkutan autonomi (7.0 peratus) dan penginapan (4.0 peratus).

Rakan Kongsi Urusan KPMG, Datuk Johan Idris berkata, memandangkan dunia sekarang lebih terhubung dan digital, pihaknya menyaksikan perubahan dramatik dalam cara menjalankan perniagaan.

“Kami hanya mengaitkan istilah syarikat teknologi dengan syarikat yang berurusan dengan teknologi maklumat atau perkakasan.

“Tetapi dengan populariti platform e-dagang yang semakin meningkat, pembayaran digital dan platform perkongsian, ini tidak lagi berlaku.

“Semua syarikat perlu sedar gangguan teknologi dan digital bukan trend atau fasa lulus, mereka harus merebut peluang untuk aktif dalam sektor masing-masing,” katanya dalam kenyataan.

KPMG berkata, gangguan boleh mewujudkan peluang besar bagi syarikat yang bersedia memanfaatkannya.

Pihaknya mengesyorkan beberapa langkah untuk pemimpin perniagaan jika mereka berusaha meraih faedah gangguan.

“Lakukan tinjauan mendalam strategi semasa, buat penilaian ancaman dan peluang model perniagaan yang sedang dibuat di pasaran.

“Melaksanakan penilaian kemahiran untuk memastikan organisasi mempunyai kepakaran dan ketangkasan yang tepat untuk melaksanakan strategi perniagaan serta menggambarkan semula model perniagaan yang memanfaatkan teknologi baharu,” katanya.

6 Comments on “Lima industri alami perubahan besar”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *