Koperasi dikecualikan laksana Mesyuarat Agung


Kuala Lumpur: Koperasi di seluruh negara dikecualikan daripada mengadakan mesyuarat agung tahunan anggota atau perwakilan bermula dari tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diisytiharkan pada 18 Mac sehingga 31 Dis 2020.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dalam satu kenyataan berkata, pengecualian itu tertakluk mengikut subseksyen 39(1) Akta Koperasi 1993 kepada semua koperasi di bawah subseksyen 81(1) akta sama.

“Perintah Koperasi (Pengecualian) 2020 bernombor P.U.(A)394 telah disiarkan oleh Jabatan Peguam Negara melalui portal rasmi e-Warta Persekutuan berkua tkuasa pada 31 Dis 2020.

“SKM sebagai regulator koperasi memainkan peranan bagi memastikan langkah-langkah yang ditetapkan, dibuat atau diambil untuk mengawal atau mencegahnya penyakit Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 January 2021 @ 4:25 PM



Source link