Jalin usaha sama guna WeChat Pay

KUALA LUMPUR: Syarikat teknologi global, Tencent menjalin usaha sama strategik dengan lima firma kad kewangan antarabangsa bagi menyokong pengguna luar negara untuk menggunakan WeChat Pay di China.

Tencent dalam kenyataan berkata, antara firma terbabit adalah Visa, MasterCard, American Express, Discover Global Network (termasuk Diners Club dan JCB) dengan bimbingan People’s Bank of China.

Menurut syarikat itu, kerjasama itu membolehkan pengguna luar negara menghubungkan kad kredit mereka dengan WeChat Pay dan menggunakannya untuk transaksi pembayaran di China.

“Dengan kerjasama ini, pengguna di luar negara kini boleh menggunakan WeChat Pay merentasi pelbagai pembayaran seperti beli-belah, restoran, pengangkutan dan penginapan.

“Sebagai contoh, pengguna dari luar negara boleh menggunakan aplikasi berkenaan bagi membeli tiket kereta api di China Railway, menggunakan khidmat e-hailing menerusi servis Didi dan membuat pembelian dalam talian di JD.com dan Ctrip,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *