Imbangi kos

SEMAKAN semula kadar pos komersial dijangka membolehkan Pos Malaysia meningkatkan prestasi perkhidmatannya melalui penjanaan pendapatan tambahan menerusi kenaikan itu.

Ia sekali gus membantu mengimbangi kos operasi yang tinggi dan penurunan dalam penggunaan mel disebabkan kewujudan teknologi yang menyediakan alternatif seperti e-mel.

Kesatuan-Kesatuan Pekerja Pos Malaysia Berhad (KPPMB) dalam kenyataan berkata, kerajaan memahami keperluan semakan semula kadar setem 60 sen, kali terakhir dilakukan pada 2010.

“Kelulusan kadar pos baharu ini juga memberi peluang kepada Pos Malaysia untuk menggerakkan program pembangunan jangka panjang yang dirancang.

“Ia dijangka memberi manfaat kepada bukan ahli kesatuan pekerja yang lebih 12,000 kakitangan, tetapi semua pekerja Pos Malaysia di seluruh negara,” katanya.

Ketika ini 95 peratus pengguna setem terdiri daripada pelanggan komersial, manakala baki lima peratus adalah pengguna individu.

Menurut kenyataan itu lagi, keprihatinan kerajaan dan semua agensi yang memberi sokongan penuh terhadap inisiatif itu turut menghargai usaha penghantar surat yang bertungkus-lumus menghantar surat kepada sembilan juta alamat di seluruh negara setiap hari.

“Kami hargai keprihatinan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo serta agensi kerajaan berkaitan yang berpandangan jauh dan menyedari keperluan semakan kadar pos komersial bagi memastikan Pos Malaysia terus mampu menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Sifat kepemimpinan beliau harus dipuji kerana proaktif bertemu dan berdialog dengan wakil kesatuan Pos Malaysia serta memahami cabaran dihadapi industri,” katanya.

Pos Malaysia dalam kenyataan Selasa lalu memaklumkan melaksanakan semakan semula kadar pos komersial berkuat kuasa 1 Februari namun langkah itu tidak menjejaskan rakyat.

22 Comments on “Imbangi kos”

  1. 623220 469946This sort of wanting to come to a difference in her or his lifestyle, initial typically Los angeles Excess weight weightloss scheme is actually a large running in as it reached that strive. weight loss 908574

  2. 569878 29226Spot on with this write-up, I truly think this site needs significantly much more consideration. Ill probably be once again to read much far more, thanks for that info. 611434

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *