Ekspo peluang peroleh maklumat pengajian tinggi

KUALA LUMPUR: Ekspo Pendidikan Tinggi 2019 yang akan berlangsung pada 7 hingga 8 Disember ini di Pusat Pameran Mid Valley memberi peluang kepada mereka yang mencari peluang melanjutkan pengajian tinggi mendapat maklumat berkaitan kursus ditawarkan di pelbagai institusi pengajian tempatan dan antarabangsa.

Eskpo yang diadakan di Dewan 1, 2, 3, Atrium dan Foyer pusat pameran berkenaan dibuka untuk kunjungan dari jam 11 pagi hingga 7 malam setiap hari dan tiada bayaran dikenakan.

Penasihat ekspo, Datin Jercy Choo berkata, individu yang berhasrat menyambung pengajian digalakkan mengunjungi ekspo ini bagi mencari maklumat berkaitan kursus ditawarkan dari peringkat sijil hingga Doktor Falsafah (PhD).

“Ekspo ini diadakan khas untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), ibu bapa, guru, pelajar universiti, golongan bekerja, ahli industri dan orang awam mencari peluang pendidikan tinggi.

“Ia adalah peluang terbaik untuk mereka yang mencari peluang melanjutkan pengajian praijazah dan pascaijazah.

“Ekspo ini dapat memberi jawapan kepada semua pertanyaan mengenai kolej dan universiti terbaik, bidang, biasiswa serta peluang kerjaya,” katanya.

Menurutnya, pengunjung boleh mendapatkan nasihat terbaik daripada ahli pendidikan dan kaunselor berkaitan jenis kursus serta bidang akademik yang boleh didapati di Malaysia dan di luar negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *