Alliance Bank, CTOS perkenal eKYC

KUALA LUMPUR: Alliance Bank Malaysia Berhad (Alliance Bank) menjalin usaha sama strategik dengan CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS) mengintegrasi penyelesaian Kenali-Pelanggan-Anda (eKYC) secara digital.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS, Dennis Martin berkata, perkara berkenaan membolehkan orang ramai memohon produk akaun deposit, pinjaman atau pembiayaan peribadi dan kad kredit dengan cepat dan selamat secara dalam talian.

Beliau berkata, pihaknya berbangga kerana dapat menyumbang kepada kemajuan sektor kewangan di negara ini melalui penyelesaian CTOS eKYC.

“Memandangkan rangka kerja perbankan digital untuk perundingan orang ramai akan diperkenalkan Bank Negara Malaysia (BNM) pada akhir tahun ini, penyelesaian CTOS eKYC ini akan menjadi sebahagian penting daripada proses pembabitan digital,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *