Bisnes Insurans – Rahsia kenapa orang boleh kaya jual insuran

Saya kenal ramai kawan-kawan yang menjadi kaya jual insuran. Salah seorang kawan rapat saya juga jadi kaya jual insuran.

Mereka suami isteri menyara kehidupan dengan menjual insuran dimulai oleh isterinya terlebih dahulu secara sepenuh masa.

Isteri kawan saya itu cukup berjaya dan sudah jadi kaya jual insuran tanpa memerlukan bantuan suaminya berhenti kerja makan gaji.

Tapi, kejayaan isterinya membuatkan dia yakin bahawa dia juga mampu jadikan aktiviti jual insuran sebagai kerjaya yang baik seandainya dia berhenti kerja untuk jual insuran sepenuh masa.

Kaya jual insuran dan punyai hartanah yang banyak

Kali pertama saya beli insuran adalah ketika mula menjalankan perniagaan. Dari situ saya berkenalan dengan seorang wanita yang sudah lama berkecimpung dalam industri jual insuran.

Saya membeli insuran pertama daripadanya dan mula mengambil tahu pencapaiannya dalam dunia insuran. Dia punya banyak hartanah dan citarasanya tinggi. Namun dia mampu memenuhi semua citarasanya hasil daripada jualn insuran.

Begitu juga kawan rapat yang saya ceritakan di atas tadi. Mereka juga mampu beli hartanah hasil daripada kejayaan jual insuran. Ringkasnya ramai ajen insuran yang kaya raya hasil dari jual insuran.

Sertai latihan ajen jual insuran

Berbalik pada wanita ajen insuran tadi, perkenalan dengannya membawa saya mengenali dunia insuran. Saya menyertai latihan sebagai ajen insuran yang diberikan oleh wanita tersebut kepada semua ajen-ajen jualan insurannya.

Latihan yang lebih berupa motivasi dan suntikan semangat itu memberikan idea yang banyak kepada saya untuk menjual produk dan perkhidmatan yang syarikat perniagaan saya tawarkan.

Kenapa saya sertai latihan jual insuran

Saya turut serta dalam latihan sebagai ajen insuran bukan sebab nak jadi kaya jual insuran, tetapi kerana saya merasa cukup hairan dengan keupayaan orang menjual insuran.

Secara peribadi saya tidak suka kepada perniagaan jual insuran ini. Bagi saya ia merupakan satu perniagaan yang pasti membuatkan pemilik syarikat insuran kaya berlebihan sedangkan majoriti pembeli polisi insuran tidak mendapat apa-apa keuntungan malah lebih banyak rugi daripada untung.

Dengan konsep insuran juga membuatkan masyarakat lebih selesa nafsu nafsi (pentingkan diri sendiri) kerana mereka sentiasa dipayungi oleh syarikat insuran yang dilanggannya.

Anda boleh lihat iklan insuran yang sentiasa menggambarkan konsep payung mereka kepada pelanggan.

Cuba lihat jumlah kereta di negara kita. Kesemua kereta wajib diinsurankan. Dalam 1000 kereta, berapa agaknya jumlah kereta yang akan menuntut insuran dalam setahun?.

Beli insuran walau kemungkinan buat tuntutan rendah

Jumlah pemilik kereta yang buat tuntutan kemalangan terlalu sedikit sekali, malah terlalu ramai yang membayar insuran seumur hidup tanpa pernah menuntut apa-apa ganti rugi.

Kemana perginya kesemua duit tersebut?

Jawabnya adalah, kesemua duit yang banyak itu masuk ke poket pemilik syarikat insuran dan jumlahnya amat-amat banyak!!!!.

Kenapa masih ada orang yang beli insuran?

Kalau kenderaan, boleh dijadikan alasan kerana kekangan undang-undang. Tetapi dalam bab insuran peribadi tidak begitu, maka kenapa masih ramai yang membelinya?

Itulah yang membuatkan saya tertarik untuk ikuti latihan jual insuran.

Kalau saya boleh jual insuran, tentu saya boleh jual apa saja produk lain yang jauh lebih bermanfaat dari insuran kepada ramai orang.

Saya ingin cari jawapan kenapa bayar wang perlindungan pada perlindungan yang jarang-jarang kita gunakan dan perlukan.

Terlalu banyak contoh kerugian yang berlaku dan semuanya hanya syarikat insuran saja yang mengaut keuntungan.

Insuran beli rumah, kita bayar kalau-kalau kita mati dan tak habis bayar duit rumah…akhirnya kita bayar sampai habis dan syarikat insuran makan duit buta.

Insuran kemalangan dan cacat anggota kekal, kita beli dan bayar sampai mati dengan membawa semua anggota badan yang ada, syarikat insuran juga yang untung.

Insuran kematian, kita bayar sampai habis dan mati selepas tempoh perlindungan insuran tamat. Syarikat insuran juga yang belasah wang perlindungan kita.

Ajen jual insuran kaya, syarikat insuran lagi kaya

Jika anda hairan kenapa ajen insuran mampu jadi kaya jual insuran dengan pendapatan bersih dari suku hingga sejuta setahun. Dan dalam masa yang sama, syarikat insuran masih mampu mengaut keuntungan berganda-ganda… sebabnya adalah seperti yang saya nyatakan di atas tadi.

Cuba tanya ajen insuran anda, dalam seribu pelanggannya, berapa ramai yang buat tuntutan dalam tempoh setahun.

Kemungkinan besar kurang daripada 10 orang. Dan begitulah tahun-tahun yang berikutnya.

Itu belum diambil kira wang pelaburan yang jutaan orang bayar setiap bulan pada syarikat insuran lalu wang tersebut dilaburkan pula dalam saham atau lain-lain pelaburan.

Keuntungannnya berganda-ganda!!!.

Bertahun bayar insuran tak pernah buat tuntutan

Bukan saya minta agar berlaku kemalangan supaya boleh buat tuntutan.

Tetapi nak beritahu apa yang saya dah agak sebelum beli insuran nampaknya betul. Bukan pada saya seorang malah pada jutaan orang yang lain di luar sana.

Tetapi kenapa saya masih tetap beli insuran?

Itulah yang membuat saya garu kepala. Kenapa orang lain yang ada duit beli insuran? saya garu kepala lagi!.

Secara logiknya, kita tak perlu beli insuran. Tak ada seorangpun yang memerlukan insuran atau sekurang-kurangnya majoriti besar orang ramai tak memerlukan insuran walau apapun alasannya.

Dalam logik akal bahawa kita tak perlu beli insuran, nampaknya ternyata perniagaan yang sukar nak jual itu adalah antara perniagaan yang paling menguntungkan.

Perniagaan itu juga menghasilkan jurujual yang juga kaya raya tahap jutawan.

Oleh itu…persoalannya kenapa boleh jadi begitu.

Kenapa mereka berjaya jual insuran dan menjadi kaya raya jual insuran?

Saya dah tahu jawapannya

Sekarang baru saya tahu kenapa jurujual insuran berjaya menjual insuran. Sebabnya hanyalah kerana mereka mengetahui cara manusia berfikir.

Mereka menggunakan teknik memberikan tumpuan hanya pada perkara yang mahu ditumpukan dan lupakan terus semua fakta yang lain.

Itulah teknik pemasaran paling berkesan jika anda nak jual barang.

Dalam bab menjual insuran, kita tahu fakta berkenaan, ‘majoriti besar orang tak pernah buat tuntutan kerana ‘kalau ‘ yang sering ajen insuran takutkan kita itu tidak berlaku’

Kita juga tahu fakta bahawa jumlah orang yang tuntut dan lega hasil dari perlindungan insuran walaupun ada tetapi terlalu sedikit.

Untuk membuatkan kita lupa akan fakta di atas tadi, maka ajen insuran hanya akan bercakap dan ulang cakap,

…kalau anda kemalangan dan hilang anggota,

…kalau anda mati kemalangan,

…kalau anda masuk hospital,

….kalau dan kalau lagi….

Dan akhirnya otak kita akan fikirkan kalau itu benar-benar berlaku insuran boleh membantu.

Dan kita beli dan bayar tiap-tiap bulan sambil menunggu kalau-kalau perkara baik itu berlaku.

Sedangkan dalam masa yang saya kita sentiasa minta simpang mohon kepada Allah moga dijauhi segala kesulitan hidup itu. Sama seperti kita mohon agar wang perlindungan yang kita keluarkan menjadi hak bersih syarikat insuran.

Yang pastinya mereka berjaya buat kita berikan tumpuan hanya pasa satu fakta dan menutup segala fakta yang lain.

Itulah jawapannya kenapa benda susah nak jual itu masih tetap ada orang beli.

Sekarang anda tahu kenapa orang kaya jual insuran dan anda juga boleh gunakan teknik yang sama untuk jual apa saja produk yang anda mahu orang lain beli.

Itulah yang perlu kita lakukan untuk menjayakan apa saja perniagaan.

Tapi ingat!, jangan bohong sudahlah!.

Dan dalam kes ini insuran tak berbohong cuma dia serang benda kecil dan zoom pada minda kita sampai ianya jadi cukup besar untuk membuatkan kita buka dompet.

Rasanya anda dapat faham sekarang rahsia kenapa orang kaya jual insuran.

Tunggu apa lagi, fikirkan apa yang anda perlu tumpukan kepada pelanggan dalam perniagaan anda sekarang dan ulang perkara itu saja dan lupakan terus yang lain.

Belajarlah dari teknik ajen insuran yang terbukti berjaya mengelabui minda anda untuk membeli perkara yang amat jarang kita mendapat faedahnya.

sumber: http://hidupringkas.com/pemasaran/rahsia-kenapa-orang-boleh-kaya-jual-insuran/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *